By Iqmal
Ada seekor beruang yang berasal dari Hutan Arizona. Dia sangat gemuk dan digeruni.
Pada suatu hari datang empat orang pemburu mahu memburu beruang. Mereka mengetahui ada beruang besar di dalam hutan itu. Pada saat ini memang musim memburu beruang. Sebab itulah pemburu itu mahu memburu beruang itu.
Pemburu-pemburu itu telah menjumpai beruang itu. Beruang itu berusaha untuk melepaskan diri, tetapi tidak berjaya. Sekarang ini pemburu meletakkannya di sebuah kurungan yang besar.
Tak berapa lama kemudian, datang seorang perempuan menolong beruang itu. Akhirnya beruang itu terlepas. Perempuan itu membawa beruang ke hutannya kembali. Tetapi, tenyata perempuan itu tidak menghantarkan beruang itu ke hutan yang betul. Beruang itu melarikan diri, dan terpaksa melalui hutan-hutan yang tidak diketahui. Selama sebulan dia berjalan melalui empat butan yang luas. Hutan-hutan itu banyak cabaran baginya. Setelah perjuangan yang membuatnya lelah sekali, ia akhirnya sampai di hutannya sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment